Projek pumah PR1MA berdaya huni, tepati kehendak

Projek rumah PR1MA berdaya huni, tepati kehendak

Fathul Bari Mat Jahya
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUBANG JAYA: Perbadanan PR1MA Malaysia terus mendukung aspirasi Keluarga Malaysia dalam menyediakan 100,000 kediaman mampu milik di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

Pengerusinya, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya berkata, kediaman-kediaman itu akan dibina di seluruh negara. 

“Kami akan membina yang mana ‘Liveability Index’ diguna pakai bagi memastikan pembangunan adalah lebih berdaya huni dan lebih menepati kehendak bakal pembeli, selari dengan aspirasi kerajaan.

“‘Livability Index’ ini merangkumi kesihatan, budaya dan alam sekitar serta pendidikan dan infrastruktur. 

“Ini adalah wawasan PR1MA dalam membangunkan kediaman-kediamannya di masa akan datang, sekali gus ke arah Malaysia yang berdaya huni,” katanya dalam sidang akhbar di Bandar Sunway hari ini. 

Menurut Fathul Bari, PR1MA mempunyai 34 bidang tanah dengan jumlah keluasan 1,887 ekar di beberapa lokasi seluruh negara yang bakal dibangunkan di bawah perancangan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

Tambahnya, projek iTU membantu kerajaan  meningkatkan pemilikan rumah terutama dalam kalangan generasi muda dan M40.

“PR1MA mempunyai 61 projek dengan jumlah unit 49,401 di seluruh negara sehingga kini, termasuk 35 projek yang merangkumi 27,821 unit telah siap dibina. 

“Daripada jumlah itu, 24,364 unit atau 87.6 peratus daripada unit siap dibina telah terjual manakala 1,705 unit telah ditempah,” jelasnya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN