PRN Johor: Setiausaha DAP Johor pertahan kerusi Stulang

PRN Johor: Setiausaha DAP Johor pertahan kerusi Stulang

PRN Johor
LIM Guan Eng (dua kanan) mengumumkan Andrew Chen Kah Eng sebagai calon kerusi DUN Stulang pada majlis makan malam Tahun Baharu Cina di Stulang, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Andrew Chen Kah Eng bertanding mempertahan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Stulang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor,12 Mac ini. 

Pencalonan Kah Eng sebagai calon DAP di PRN Johor diumumkan Setiausaha Agung parti itu, Lim Guan Eng malam tadi. 

Menurut Guan Eng, Kah Eng adalah calon yang tepat untuk meneruskan kecemerlangan dipamerkan sejak memenangi kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

“Kita terus memberi kepercayaan kepada Kah Eng meneruskan perjuangannya di DUN Stulang membela nasib rakyat di kawasan ini. Kita akan pastikan kerusi ini terus menjadi milik DAP dalam usaha meneruskan perkhidmatan kepada masyarakat setempat,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis makan malam Tahun Baharu Cina DAP Stulang, di sini malam tadi. 

Yang hadir sama Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong.

Pada PRU-13, Kah Eng memperoleh 19,799 undi menewaskan Chong Chee Siong daripada Barisan Nasional (BN) yang memperoleh 16,503 undi dengan majoriti 3,296 undi.

Pada PRU-14, beliau yang mewakili Pakatan Harapan (PH) menang dengan mendapat 24,002 undi menentang Ang Boon Heng daripada BN. Boon Heng mendapat 11,532 undi dengan majoriti undi sebanyak 12,470 undi. 

Menurut Kah Eng, dia bersyukur apabila terus diberikan kepercayaan untuk mempertahan kerusi yang disandangnya sejak 2013.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya