PRN Johor: Kalau saya tak hadir, kalahlah calon PH - Presiden Muda

PRN Johor: Kalau saya tak hadir, kalahlah calon PH – Syed Saddiq

SYED Saddiq Syed Abdul Rahman bersama Liew Chin Tong mengimbas MySejahtera sebelum memasuki Pusat Penamaan Calon DUN Perling, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU : Kehadiran Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di Pusat Penamaan Calon (PPC) DUN Perling awalnya mencetuskan tanda tanya sama ada beliau bertanding Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Padahal Ahli Parlimen Muar itu mengesahkan sebelum ini tidak bertanding pilihan raya itu kerana mahu fokus membantu memenangkan tujuh calon Muda.

Bagaimanapun Syed Saddiq memperbetulkan persepsi terutama kalangan wartawan yang menunggu bahawa kehadirannya pagi ini hanya sebagai pencadang kepada calon Pakatan Harapan (PH), Liew Chin Tong.

“Kalau saya tidak hadir, kalahlah calon PH,” katanya sambil berseloroh.

Terdahulu, beliau yang memakai baju batik bersama Chin Tong tiba di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim di sini pada pukul 9 pagi.

Kerusi DUN Perling menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Chin Tong (PH) dengan calon Barisan Nasional (BN), Wong You Fong dan calon Perikatan Nasional (PN), Khoo Siaw Lee.
UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN