Pesara guru besar maut nahas dua kenderaan - Utusan Malaysia

Pesara guru besar maut nahas dua kenderaan

KEJADIAN kemalangan yang berlaku di Kilometer Tiga, Jalan Sedia Raja-Mampong, Rembau pagi tadi yang mengorbankan seorang pesara guru, Sulaiman Harun, 79.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU: Seorang pesara guru maut dalam nahas melibatkan dua buah kenderaan di Kilometer Tiga, Jalan Sedia Raja-Mampong di sini pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.50 pagi itu, mangsa, Sulaiman Harun, 79, yang beralamat di Kampung Seberang Batu Hampar Hilir disahkan maut oleh pasukan paramedik yang tiba di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden, Hazri Mohamad berkata, nahas membabitkan dua buah kenderaan iaitu kereta jenis Perodua Kancil yang dipandu oleh mangsa dan Perodua Myvi yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 56 tahun.

“Siasatan awal mendapati pemandu Perodua Myvi dalam perjalanan dari arah Sedia Raja menghala ke Mampong. Sampai di tempat kejadian, dipercayai kenderaan tersebut telah bertembung dengan Perodua Kancil yang datang dari arah bertentangan.

“Akibat kemalangan, pemandu Perodua Kancil disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan dihantar ke unit forensik Hospital Rembau untuk dibedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Hazri, pemandu Perodua Myvi mengalami kecederaan patah kaki kanan dan kini berada di zon kuning, Hospital Rembau bagi rawatan lanjut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN