Pertumbuhan penduduk Malaysia menurun - Utusan Malaysia

Pertumbuhan penduduk Malaysia menurun

MUSTAPA Mohamed (kiri) dan Mohd. Uzir Mahidin ditemui pemberita dalam sidang akhbar pada Majlis Pelancaran Laporan Penemuan Utama Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 di MSU Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN/ZULFA DHLI ZAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kadar umur muda  kosong hingga 14 tahun di negara ini  menurun sebanyak 3.6 peratus berbanding 2010 mengikut Laporan Penunjuk Utama Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 

Unjuran Purata Kadar Pertumbuhan Tahunan (CAGR) penduduk sehingga 2030 pula hanya pada kadar 1.7 peratus setahun iaitu menurun berbanding 2.1 peratus setahun dalam Bancian 2010.

Trend tersebut boleh dilihat menerusi kadar pertumbuhan penduduk antara generasi baharu yang menurun kepada 24 peratus pada 2020 berbanding 27.6 peratus sementara warga emas dalam tempoh sama pula meningkat kepada 10.4 peratus berbanding lapan peratus.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, jumlah selain CAGR, penurunan turut dicatatkan dalam pertumbuhan masyarakat mengikut kaum seperti Bumiputera 2.2 peratus, Cina (1.1 peratus) dan India (0.8) peratus.

Bagaimanapun, menurut beliau, Malaysia juga menepati ramalan agensi kaji selidik luar dan Jabatan Perangkaan (DOSM)  yang menjangkakan negara mengalami peningkatan bilangan warga emas atau kumpulan penduduk kumpulan berusia 65 tahun ke atas meningkat kepada 10.7 peratus.

“Ini satu penemuan penting dalam konteks Malaysia menjadi negara yang menua. Jadi, mengikut jangkaan kita pada 2030 kita akan ada 4.1 juta rakyat Malaysia yang berumur 65 tahun ke atas iaitu 10.7 peratus. Itu jangkauannya.

“Bermakna pelaburan lebih kepada kesihatan umpamanya, dengan pendidikan dan perumahan perlu mengambil kira status Malaysia sebagai negara menua. Antara perkara penting yang kita dapati daripada banci ini,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Terdahulu, Mustapa menghadiri Majlis Perasmian Laporan Penunjuk Utama Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Universiti Pengurusan dan Sains (MSU).

Ismail Sabri dalam ucapan perasmian memaklumkan, berlaku peningkatan dalam kalangan penduduk warga emas berumur 60 tahun ke atas iaitu 10.4 peratus atau 3.4 juta orang pada 2020 berbanding lapan peratus  (2.2 juta orang) pada 2010.

Sementara itu, dalam laporan bancian yang mengambil masa 482 hari itu, purata bilangan isi rumah turut berkurang daripada 4.3 pada 2010 kepada 3.8 atau lebih mudah difahami setiap pasangan mempunyai seorang hingga dua orang anak.

Bagaimanapun, laporan tersebut dilihat berbeza jika diperincikan mengikut negeri seperti Kelantan yang mencatatkan jumlah purata anggota isi rumah paling tinggi iaitu 4.9 diikuti dengan Sabah, 4.7.

Sementara negeri catat purata terendah bagi kategori itu adalah Kuala Lumpur dan Pulau Pinang yang berkongsi angka sama iaitu 3.5 yang mana tidak ramai pasangan suami isteri memiliki dua anak.

Mustapa menjelaskan, hal tersebut dipengaruhi pelbagai faktor termasuk kadar kesuburan dalam kalangan rakyat Malaysia yang turut memberi kesan kepada jumlah murid hadir ke sekolah serta migrasi penduduk dari kawasan luar bandar.

“Itu implikasinya, dibeberapa tempat contohnya di kawasan di kampung, fenomena sekolah kurang murid (SKM).  Jadi, kita dapat lihat, maknanya ada dalam perancangan beberapa kawasan seluruh negara bilik darjah ada 20, tetapi yang diguna cuma enam hingga 10 sahaja.

Tambahnya lagi, jumlah golongan ibu tunggal juga menunjukkan peningkatan apabila seramai 910,091 orang dalam Laporan Penunjuk Utama Bancian Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 berbanding 2010.

Untuk makluman, Bancian Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 dilancarkan pada 7 Julai 2020 dan tamat pada 31 Oktober tahun lalu. Proses berkenaan mengambil masa lama berikutan berlaku sekatan pergerakan seperti Perintah Kawalan Pergerakan akibat penularan Covid-19.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya