Penuntut universiti terpedaya Macau Scam - Utusan Malaysia

Penuntut universiti terpedaya Macau Scam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEMPOL: Seorang penuntut sebuah universiti swasta berputih mata selepas terpedaya dengan sindiket Macau Scam sehingga wang simpanannya lesap sebanyak RM32,450.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, mangsa berusia 21 tahun pada mulanya menerima panggilan telefon daripada seseorang yang mendakwa dirinya pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dari cawangan ibu pejabat Kuala Lumpur pada pukul 1.13 petang Ahad lalu.

Mangsa dimaklumkan terdapat tunggakan bayaran bagi syarikat yang didaftar atas miliknya sedangkan dia tidak mempunyai sebarang syarikat.

“Suspek memberitahu mangsa perlu memberikan nombor akaun supaya Bank Negara dapat menyekat akaunnya dan menjalankan siasatan. Mangsa kemudiannya mengikut arahan suspek dan memberikan satu akaun miliknya kepada suspek tanpa menyedari ia adalah perbuatan penipuan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Chang Hook berkata, mangsa kemudiannya berasa curiga terus membuat semakan dan mendapati terdapat pengeluaran wang dalam akaunnya sebanyak RM32,450.

Menurutnya, pengeluaran tersebut dipindahkan ke atas akaun individu bernama Muhammad Hadri dan Vikneswaran Shahmugam.

“Mangsa yang berasa tertipu membuat laporan polis di Balai Polis Rompin bagi tindakan selanjutnya dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN