Pengawal keselamatan maut motosikal dinaiki terbabas

Pengawal keselamatan maut motosikal dinaiki terbabas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Seorang pengawal keselamatan maut selepas motosikal ditunggang terbabas dan melanggar pokok di pembahagi jalan di Jalan Adenium, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam itu, mangsa berusia 22 tahun maut dilokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Arsad Kamaruddin berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila motosikal jenis Yamaha ditunggang mangsa berusia 22 tahun terbabas sendiri lalu melanggar pokok di pembahagi jalan.

“Mayat dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Kuala Kubu Bharu untuk proses bedah siasat.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,”katanya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, kata Arsad, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian itu diminta menyalurkannya kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN