Pengawal keselamatan cedera ditumbuk

Pengawal keselamatan cedera ditumbuk

MOHAMAD FAROUK ESHAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Gara-gara tidak berpuas hati mengenai kawasan parkir, seorang pengawal keselamatan cedera akibat dipukul dua lelaki dalam kejadian di hadapan sebuah bangunan di Pandan Indah, dekat sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.15 petang itu, mangsa wanga Nepal berusia 41 tahun cedera di bahagian muka.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, pada mulanya, suspek yang sedang bertugas didatangi dua lelaki menaiki sebuah motosikal.

Kata beliau, motosikal itu kemudian terus diparkir di hadapan pintu bangunan berkenaan tanpa kebenaran.

“Mangsa kemudiannya tidak membenarkan kenderaan terbabit diparkir di kawasan berkenaan dan menegur suspek.

“Kedua-dua lelaki terbabit yang selesai menjalankan urusannya terus memukul mangsa dengan salah seorang mereka menampar dan menumbuk mangsa di bahagian muka,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, kata Mohamad Farouk, susulan kejadian itu menyebabkan kedua-dua mata mangsa bengkak selain hidungnya berdarah.

Mohamad Farouk berkata, pihaknya sudah mengenal pasti kedua-dua suspek tempatan terbabit yang masing-masing berusia 31 dan 33 tahun.

Jelas beliau, siasatan awal dilakukan mendapati punca kejadian itu membabitkan kawasan parkir memandangkan ada pertengkaran mulut antara pengadu dengan dua lelaki terbabit yang tidak berpuas hati dengan mangsa lalu bertindak menumbuknya.

“Siasatan akan diteruskan selepas permohonan arahan untuk siasatan (Order to Investigation) (OTI) dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun keseksaan kerana kesalahan mencederakan,” jelasnya.

Dalam pada itu, polis menasihatkan orang ramai supaya jangan mengambil tindakan secara terburu-buru atau mengikut perasaan jika ada apa-apa kesalahan sebaliknya buat laporan polis supaya tindakan undang-undang boleh diambil.

Terdahulu, satu video menunjukkan pertengkaran membabitkan beberapa lelaki di hadapan sebuah bangunan di Pandan Indah tular di media sosial hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN