MENGAMBIL kira pembelajaran ke arah Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dan Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK-21), pengaturcaraan atau coding adalah kemahiran yang perlu dikuasai pelajar. Menurut penyelidik dan penulis buku Kreatif Bersama Micro:bit, Prof. Madya Dr. Ruzlaini Ghoni, beliau mendapati pelajar, khususnya di Pantai Timur berkebolehan dalam menghasilkan produk-produk inovasi, STEM dan pengaturcaraan tetapi kurang diberi pendedahan. Yang mungkin disebabkan keadaan sekolah dan lokasi. “Saya banyak terlibat dengan aktiviti bersama…










