Pasang bendera: Patuh arahan SPR - DAP

Pasang bendera: Patuh arahan SPR – DAP

GOBIND SINGH DEO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Semua parti politik perlu mematuhi arahan ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung kebenaran berkempen termasuk pemasangan sepanduk dan bendera parti di kawasan awam.

Timbalan Pengerusi DAP, Gobind Singh Deo berkata, ingatan itu dibuat kerana pihaknya melihat terdapat beberapa kawasan yang menampakkan bendera parti atau gabungan tertentu dinaikkan walaupun belum tempoh sepatutnya.

Katanya, larangan menaikkan bendera dan logo parti perlu dipatuhi semua pihak, termasuk parti yang sedang mentadbir kerajaan ketika ini.

“Saya lihat di tempat-tempat tertentu ada dipasang, mungkin di kawasan bilik gerakan parti berkenaan tidak menjadi masalah tetapi bagi kawasan umum semua parti politik perlu ikut aturan ditetapkan.

“Tempat-tempat umum tidak sesuai untuk dinaikkan sebarang bendera atau logo parti kerana bukan dalam tempoh berkempen. Jika DAP boleh patuhi aturan itu sepatutnya semua pihak lakukan perkara sama,” katanya selepas meluangkan masa bersama penduduk di Taman Sri Stulang, hari ini.

Sementara itu, calon DAP bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Stulang, Andrew Chen Kah Eng memberitahu, beliau yakin pengundi kawasan itu kembali menyokong Pakatan Harapan (PH) pada 12 Mac nanti.

“Kita sudah melakukan gerak kerja di kawasan ini sejak 10 tahun lalu yang mana sepanjang tempoh menjadi wakil rakyat, PH tidak pernah menolak untuk membantu mana-mana individu yang memerlukan. Bantuan dan usaha diberi tanpa menyemak latar belakang mereka apatah lagi siapa yang mereka undi, kerana ini adalah politik matang yang diamalkan PH,” jelasnya. – UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya