Pantai Kijal catat empat kes kematian penyu

Pantai Kijal catat empat kes kematian penyu

LAGI bangkai penyu ditemukan di Pantai Kijal di Kemaman oleh Roslan Muhammad.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Pantai Kijal di sini merekodkan empat kes kematian penyu susulan penemuan seekor lagi bangkai reptilia marin berkenaan, hari ini.

Pemajak telur, Roslan Muhammad, 54, berkata, bangkai penyu jantan dianggarkan berusia antara 60 hingga 80 tahun itu ditemukan pada pukul 8.30 pagi.

Katanya, penemuan terbaharu itu kurang 48 jam selepas bangkai anak penyu betina ditemukan pagi semalam.

“Sepanjang 15 tahun menjadi pemajak telur, saya sudah biasa jumpa bangkai penyu tetapi kematian berturut-turut sejak bulan lalu cukup membimbangkan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Roslan, pemerhatian mendapati terdapat beberapa kesan kecederaan di bahagian badan haiwan berkenaan, dipercayai akibat tersangkut pada pukat nelayan.

Sebelum ini pada 14 Februari Utusan Malaysia melapor seekor penyu terdampar mati di Pantai Kijal, di sini dua minggu lalu, hari ini seekor lagi bangkai reptilia marin berkenaan ditemukan di lokasi sama.

Penyu Betina

Pemajak telur, Roslan Muhammad, 54, berkata, bangkai anak penyu betina itu ditemukan kira-kira satu kilometer dari lokasi sebelum ini, pada pukul 8.30 pagi.

Katanya, kejadian berkenaan disedari ketika melakukan aktiviti mengutip telur dan terkejut melihat penyu terdampar di pasir.
“Saya ingatkan penyu itu masih hidup kerana tiada kecederaan teruk, tetapi apabila diperiksa, rupa-rupanya telah mati.

“Penyu berusia kira-kira dua tahun ini mungkin mati kerana terperangkap dalam pukat dan ada kesan retak pada kepalanya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Roslan yang menjadi pemajak lebih 15 tahun lalu berkata, penemuan tersebut sudah dimaklumkan kepada pihak perikanan sebelum mengambil inisiatif menanam penyu itu. UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN