SUNGAI PETANI: Tapak bekas kilang Perwaja Steel di Gurun dekat sini yang pernah gah sebagai syarikat konglomerat suatu masa dahulu kini bukan sahaja terbiar malah penduduk mendakwa terdapat kegiatan yang mencuriga dijalankan di lokasi itu . Di sekeliling pagar dalam kawasan seluas kira-kira 200 hektar itu dipenuhi dengan semak-samun manakala beberapa bangunan kilang yang terletak tidak jauh dari Jalan Gurun-Sungai Petani pula kelihatan usang. Bagaimanapun, agak menghairankan apabila banyak kelibat…










