‘Saya akan berusaha pastikan MSU terus jadi payung Pas’

‘Saya akan berusaha pastikan MSU terus jadi payung Pas’

pas
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh mengesahkan beliau kini Setiausaha Majlis Syura Ulama (MSU) Pas menggantikan Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali.

Nik Muhammad Zawawi yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II sebelum ini Ketua Dewan Ulama Pas.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Nik Muhammad Zawawi berkata, pelantikan itu diterima dengan hati terbuka dan beliau berterima kasih kepada barisan kepimpinan Pas kerana memberi kepercayaan kepadanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya menerima jawatan ini berasaskan pengalaman dan perkhidmatan saya pernah menjadi Setiausaha MSU selama 10 tahun sebelum jawatan itu disandang Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali.

“Saya akan berusaha sedaya mampu memastikan fungsi MSU sebagai ‘payung’ Pas diteruskan sebagaimana digariskan, berlandaskan tuntutan al-Quran, sunnah, ijtimak dan qisas,” katanya ketika dihubungi semalam.

Utusan Online kelmarin memetik ucapan tahniah Mohd. Khairuddin menerusi satu hantaran Facebook mengenai pelantikan Nik Muhammad Zawawi sebagai Setiausaha MSU yang baharu selepas perletakan jawatannya.

Mengulas lanjut, Nik Muhammad Zawawi berkata, peranan setiausaha penting kerana menjadi ‘pembantu utama’ kepada kepimpinan yang membawa perjalanan parti supaya sentiasa berlandaskan perlembagaan.

“Fungsi MSU adalah untuk ‘memandu’ perjalanan dan perjuangan Pas dalam arena politik tanah air.

“Polemik dan perkembangan politik semasa negara menjadikan tugas MSU ketika ini lebih mencabar dalam memastikan hubungan dan hala tuju Pas dengan parti politik lain dapat ditangani dengan baik,” katanya.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×