Mohd. Shafiq Abdullah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam baharu - Utusan Malaysia

Mohd. Shafiq Abdullah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam baharu

jpa
Mohd Shafiq Abdullah
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA:  Datuk Seri Mohd. Shafiq Abdullah dilantik sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam berkuat kuasa hari ini.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali berkata, pelantikan bekas Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia itu diperkenankan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi menggantikan Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd. Rahman yang bersara wajib pada 16 Januari lalu.

Menurut beliau, Mohd. Shafiq, 58, berkelulusan Ijazah Sarjana  Muda Sains Politik (Kepujian) dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Ijazah  Sarjana Pentadbiran Awam dari Universiti Meiji, Jepun. 

Katanya, beliau berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 30 tahun dengan jawatan pertama disandang sebagai Penolong Setiausaha di Bahagian Istiadat, Jabatan Perdana  Menteri pada 1 Disember 1992. 

“Pelantikan ini berdasarkan pengalaman luas beliau dalam pelbagai bidang termasuk dasar, pengurusan dan perkhidmatan serta pernah berkhidmat sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia. 

“Saya yakin dengan pengetahuan dan kredibiliti yang dimiliki, beliau mampu menggalas amanah dan tanggungjawab dalam menyokong usaha serta memastikan pembaharuan sektor awam selari dengan aspirasi kerajaan,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Mohd. Zuki berkata, kerajaan merakamkan sekalung penghargaan dan terima kasih kepada  Mohd. Khairul Adib Abd. Rahman atas segala khidmat bakti  beliau sepanjang perkhidmatan sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.  –UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya