Met Malaysia ramal ribut petir di empat negeri

Met Malaysia ramal ribut petir di empat negeri

MET Malaysia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dijangka berlaku di beberapa kawasan di empat negeri sehingga 9 malam ini. 

Menurut jabatan itu, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal berlaku di kebanyakan tempat di negeri Perak, Pahang dan Selangor sehingga pukul 8 malam ini, manakala di Johor sehingga pukul 9 malam ini. 

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar dan Batang Padang) • Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Bentong dan Rompin) dan Selangor (Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat) sehingga 9 malam, Jumaat, 18 Februari. 

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru) sehingga pukul 8 malam; Jumaat, 18 Februari,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini. 

Jelas jabatan itu, amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN