Lima lokasi di Dengkil terjejas akibat ribut 

Lima lokasi di Dengkil terjejas akibat ribut 

Dengkil
BANYAK kerosakan harta awam akibat ribut yang berlaku di sekitar Dengkil, Selangor. - ADUN DENGKIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DENGKIL: Lima lokasi masing-masing di Kampung Dato’ Ahmad Razali, Kampung Dato’ Aminuddin, Desa Timah Langat, Cyber Valley dan Taman Mas Dengkil terjejas akibat ribut petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu, sebanyak 18 buah kenderaan dihempap pokok di Cyber Valley. Malah beberapa infrastruktur awam termasuk surau, premis perniagaan dan rumah penduduk turut mengalami kerosakan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dengkil, Adhif Syan Abdullah berkata, beliau berterima kasih kepada komuniti yang bertindak pantas membantu meringankan beban mereka yang terkesan akibat ribut itu.

“Saya telah menghubungi Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Selangor (ICU JPM), Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan lain-lain agensi. Ini untuk membantu serta mengenal pasti kerosakan yang berlaku.

“Insya-Allah, saya akan salurkan bantuan sewajarnya. Semoga kita semua sentiasa selamat dan kekal dalam lindungan Tuhan,” katanya.

Sementara itu, Komander Operasi Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Cyberjaya, Zainuddin Mohd Yasin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pukul 5.27 petang semalam.

Menurutnya, seramai 14 anggota dan beberapa jentera dikejarkan ke lokasi kejadian bagi memotong pokok yang menghempap kenderaan.

“Dalam kejadian di Cyber Valley, tiga pokok tumbang sebelum menghempap 18 buah kenderaan namun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN