Kumpulan tidak divaksinasi berisiko mati

Kumpulan tidak divaksinasi berisiko mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Individu tanpa mengira usia yang tidak divaksinasi adalah kumpulan paling berisiko dijangkiti Covid-19 dengan simptom serius termasuk mati. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kumpulan terbabit mengalami jangkitan pada kategori empat dan lima serta mati berdasarkan rekod yang dikumpul Kementerian Kesihatan.

Bagaimanapun, katanya, individu yang menerima vaksin dos penggalak adalah paling terlindung yang mana dapat dilihat kurang kes dijangkiti melibatkan kategori tiga, empat dan lima.

“Kumpulan yang lengkap vaksin dos penggalak mengalami kurang risiko berbanding kumpulan yang tidak divaksinasi dan kumpulan lengkap divaksin tetapi tidak lengkap dos penggalak. 

“Ini jelas menunjukkan vaksin dos penggalak dapat memberi perlindungan yang terbaik daripada kematian dan gejala serius Covid-19,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Noor Hisham berkata, semua individu dewasa yang berkelayakan namun belum menerima vaksin dos penggalak digesa segera mendapatkannya dari pusat pemberian vaksin (PPV) yang terdekat secara walk-in. 

“Semak PPV di https://vaksincovid.protecthealth.com.my/find Bagi yang telah mendaftar, KKM memohon agar anda hadir ke slot janji terbabit,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya