Kadar kitar semula kebangsaan meningkat - Utusan Malaysia

Kadar kitar semula kebangsaan meningkat

Kadar kitar semula kebangsaan meningkat kepada 31.52 peratus dengan jumlah barangan kitar semula mencecah 4.3 juta tan di seluruh negara pada tahun lalu.- Gambar hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Kadar kitar semula kebangsaan  meningkat kepada 31.52 peratus dengan jumlah barangan kitar semula mencecah 4.3 juta tan di seluruh negara pada tahun lalu.

Pengerusi Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), Datuk Rizalman Mokhtar berkata,  jumlah kadar kitar semula kebangsaan dijangka meningkat kepada 32.5 peratus pada tahun ini, seterusnya 40 peratus pada 2025. 

Menurut beliau, tindakan tuntas daripada semua pihak dalam pengurusan sisa pepejal berikutan unjuran populasi yang bertambah menjelang 2040.

“Kita cuba menguruskan sisa pepejal secara mikro termasuk mengetahui penyumbang kadar kitar semula di peringkat negeri dan daerah,” kata beliau selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Antara SWCorp dengan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kedah di Auditorium Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah di sini hari ini.

Majlis disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Seni dan Budaya, Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Mohd. Firdaus Ahmad.

Rizalman memberitahu, statistik menunjukkan, sebanyak 38,200 tan smpah dibawa ke tapak pelupusan sampah setiap hari dengan komposisi  sisa makanan hampir 45 peratus,  plastik pada (13.2 peratus), kertas (8.5 peratus) dan selebihnya adalah besi, kaca dan bahan-bahan lain.

“Sudah pastilah, sekiranya timbunan sampah ini terus meningkat saban hari, kita akan memerlukan lebih banyak tapak untuk pelupusan.

“Pertambahan tapak pelupusan ini, bukanlah statistik yang perlu diraikan malah ia sebenarnya satu tamparan kepada kita bahawa masih ada kelompongan sikap, kebejatan budaya kitar semula dalam masyarakat kita,” katanya.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya