Kesejahteraan Demokratik Masyarakat parti baharu Peter Anthony

Kesejahteraan Demokratik Masyarakat@KDM parti baharu Peter Anthony

PETER Anthony menunjukkan dokumen pendaftaran KDM dalam sidang akhbar di Kota Kinabalu hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Selepas berteka-teki mengenai nama parti baharu yang akan dipimpin oleh bekas Naib Presiden Parti Warisan (Warisan), hari ini, Datuk Peter Anthony mengumumkan Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) sebagai parti baharunya.

Parti berbilang kaum yang mesra kepada kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) itu akan menjadi medium untuknya meneruskan perjuangan politiknya.

Protem Presiden merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap itu berkata, parti tersebut baharu diluluskan oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) pada 18 Februari lalu dan akan dilancarkan secara rasmi pada 13 Mac.

PETER Anthony (dua kanan) semasa sidang akhbar di Kota Kinabalu hari ini.

“Parti ini hanya akan dianggotai oleh orang Sabah sahaja. Kita mahukan sebuah parti yang menyumbang kepada kemajuan negeri Sabah.

“Tiada guna kita mempunyai sebuah parti kalau tidak boleh menyumbang kepada pembangunan Sabah,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Mengulas lanjut katanya, beliau akan memohon menyertai GRS sebaik sahaja gabungan itu didaftarkan secara rasmi.

“Bagi kita selaku parti yang kerdil, kita akan majukan Sabah bersama-sama dengan gabungan Sabah untuk bekerjasama dengan parti-parti sedia ada seperti Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) serta gabungan lain dalam GRS,” katanya.

Barisan kepimpinan tertinggi pula akan dianggotai oleh ADUN Limbahau, Datuk Juil Nuatim sebagai Protem Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung pula Dr. Gaim @ James Lunkapis.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap itu mengumumkan keluar daripada Warisan pada 28 Disember tahun lalu.

Turut bersama Peter meninggalkan Warisan ketika itu ialah ADUN Limbahau, Datuk Juil Nuatim.

Bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah itu dijadualkan melancar parti baharunya pada 28 Januari namun, disebabkan isu-isu teknikal yang perlu dipinda dalam parti tersebut, pelancarannya sedikit tertunda.

Selepas dua ADUN Warisan itu keluar parti, Warisan kini mempunyai 17 daripada 73 kerusi DUN Sabah. UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya