Kes jangkitan harian 26,701 kes semalam

Kes jangkitan harian 26,701 kes semalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Negara merekodkan 26,701 kes baharu jangkitan Covid-19 semalam menjadikan jumlah kumulatif adalah sebanyak 3,138,215 kes. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 11,744 kes sembuh direkodkan semalam menjadikan 2,888,194 kes kumulatif atau 92 peratus. 

Katanya, daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 132 kes import direkodkan yang merangkumi 70 warganegara atau 53 peratus dan 62 bukan warganegara atau 47 peratus. 

“26,569 kes adalah kes tempatan dengan 25,919 warganegara (97.6 peratus) dan 650 bukan warganegara (2.4 peratus)

“216 kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) (98 kes disahkan Covid-19; 118 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan 114 kes memerlukan bantuan pernafasan (55 kes disahkan COVID-19; 86 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan),” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. 

Menurut Dr. Noor Hisham, daripada 26,701 kes harian yang dilaporkan itu, 118 kes atau 0.44 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5, manakala 26,583 kes atau 99.56 peratus lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2. 

“Kategori 1: 6,103 kes (22.86 peratus); Kategori 2 : 20,480 kes (76.70 peratus); Kategori 3 : 77 kes (0.29 peratus); Kategori 4 : 19 kes (0.07 peratus); dan Kategori 5 : 22 kes (0.08 peratus).

Tambah beliau, daripada 118 kes Covid-19 kategori 3, 4 dan 5 yang baharu dilaporkan pada semalam, sebanyak 22 kes atau 18.6 peratus tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi. 

“71 kes (60.2 peratus) telah menerima dua dos vaksin Covid-19; 25 kes (21.2 peratus) telah menerima dos penggalak dan 53 kes (44.9 peratus) berumur 60 tahun dan ke atas. 

“49 kes (41.5 peratus) mempunyai komorbid; 4 kes (3.4%) adalah kes ibu mengandung; dan 10 kes (8.5 peratus) telah meninggal dunia, termasuk 2 (1.7 peratus) kes brought-in-dead (BID),” jelasnya. UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×