Jumah ICU Covid-19 semalam naik 11 kes

Jumah ICU Covid-19 semalam naik 11 kes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pesakit Covid-19 yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam, merekodkan peningkatan, 272 kes berbanding kelmarin, 261 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan pula merekodkan peningkatan iaitu 164 kes. Ini berbanding kelmarin, 139 kes.

Katanya, Malaysia mencatatkan sebanyak 25,099 kes positif menunjukkan penurunan berbanding kelmarin, 26,832 kes sekali gus mengatasi 17,749 kes sembuh. 

“Bagi kluster Covid-19 baharu pula merekodkan penurunan kepada empat kluster berbanding semalam, 15 kluster sekali gus menjadikan jumlah kluster terkumpul sejak pandemik melanda negara iaitu 6,723 kluster. 

“Kluster aktif Covid-19 dengan jumlah terkini kekal sebanyak 500 kluster bersamaan jumlah kelmarin, 500 kluster manakala jumlah kluster tamat sebanyak 6,223 kluster berbanding kelmarin, 6,219 kluster,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Noor Hisham berkata, sebanyak 100 kes bersamaan 0.40 peratus daripada 25,099 kes positif Covid-19 hari ini, adalah kategori tiga, empat dan lima.

Katanya, baki kes harian, 24,999 kes bersamaan 99.60 peratus adalah terdiri daripada kategori satu dan dua. 

“Bagi 100 kes kategori tiga, empat dan lima, 25 kes atau 25 peratus tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi; 53 kes atau 53 peratus menerima dua dos vaksin Covid-19 tetapi 19 kes belum menerima dos penggalak; 22 kes atau 22 peratus telah menerima dos penggalak dan 47 kes atau 47 peratus berumur 60 tahun dan ke atas. 

“Selain itu, 52 kes atau 52 peratus mempunyai komorbid dan satu kes atau satu peratus ibu mengandung,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan kematian, jumlah kematian yang dilaporkan meningkat sebanyak 43 kes berbanding semalam, 37 kes.

Rekod terbabit adalah setakat pukul 10 pagi, hari ini berdasarkan maklumat dikemas kini melalui laman web, https://covidnow.moh.gov.my menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 32,390 kes.

Bagi kes BID, sebanyak 13 daripada 43 kes direkodkan yang menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 6,586 kes. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN