PETALING JAYA: Sebanyak 22,802 kes jangkitan baharu Covid-19 dicatat semalam, menjadikan jumlah kumulatif rakyat negara ini yang dijangkiti melepasi tiga juta orang dengan kadar kebolehjangkitan (Rt) turut meningkat 1.51. Sehingga kelmarin, 5,512 atau 4.5 peratus pesakit menjalani rawatan di hospital dengan 155 kes di unit rawatan rapi (ICU) manakala 80 lagi bergantung kepada alat bantuan pernafasan. Peningkatan mendadak sepanjang minggu ini dengan jumlah kes lima angka selama enam hari berturut-turut…










