Kerjasama Pas, Bersatu wujud sebelum MN - Abdul Hadi  - Utusan Malaysia

Kerjasama Pas, Bersatu wujud sebelum MN – Abdul Hadi 

ABDUL HADI AWANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG: Pas mendedahkan kerjasama politik antara parti itu dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sudah terjalin sejak sebelum kewujudan Muafakat Nasional (MN) lagi bagi menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, selepas PH memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), pihaknya bersama Bersatu terlebih dahulu mengadakan perbincangan untuk menubuhkan Perikatan Nasional (PN).

Perbincangan untuk mengambil alih kerajaan pada masa itu adalah antara Pas dan Bersatu, sebelum Langkah Sheraton lagi.

“Selepas kita buat kerjasama, baru UMNO datang, bermula dengan Datuk Seri Mohamad Hasan (Timbalan Presiden) dan kemudian, Presidennya ajak bersama dalam MN tetapi hanya Pas-UMNO sahaja.

“Tetapi kita tidak setuju kerana mesti melibatkan tiga parti Melayu terbesar. Malah, Bersatu, Pas dan UMNO sudah tandatangan (piagam MN) tetapi Presiden UMNO lupa tentang tandatangannya,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya selepas menyampaikan kuliah duha di Masjid Rusila di sini hari ini.

UMNO dan Pas memeterai gagasan MN pada September 2019 manakala kerajaan PH pula tumbang selepas 22 bulan mentadbir negara.

Sementara itu, Abdul Hadi berkata, walaupun Pas mempunyai siri pengalaman buruk sepanjang menjalin hubungan dengan UMNO, namun bukan penghalang untuk kedua-dua parti terus bekerjasama demi penyatuan ummah.

Katanya, bukan semua kepemimpinan UMNO menolak konsep perpaduan yang diperjuangkan Pas malah, parti itu juga masih menyokong pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Tetapi kita tidak tarik sokongan sampai sekarang, kalau tidak jatuh kerajaan. Sebenarnya tiada alasan untuk UMNO tolak Bersatu kerana kita mengajak perpaduan ummah.

“Bagaimanapun, kita berharap kerjasama dengan UMNO akan berterusan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya