Kerana hamil, Shima Anuar batal tawaran lakonan

Kerana hamil, Shima Anuar batal tawaran lakonan

shima
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon, Shima Anuar baru-baru ini berkongsi berita gembira bersama peminat dan pengikut di media sosial mengenai dirinya kini sedang berbadan dua.

Merupakan kehamilannya yang ketiga, Shima bagaimanapun mahu menjaga kandungannya sehabis baik dan berikutan itu terpaksa membuat keputusan untuk membatalkan beberapa tawaran lakonan.

“Doakan saya dan anak dalam kandungan ini supaya sihat, selamat dan dipermudahkan segala urusan.

“Saya juga ingin memohon maaf kepada semua pihak produksi kerana terpaksa membatalkan tawaran lakonan yang diberikan kepada saya. Insya-Allah, ada rezeki kita berjumpa lagi,”katanya.

Pelakon itu berkata demikian dalam satu hantaran yang dimuat naik menerusi akaun Instagramnya semalam.

Menerusi hantaran yang sama, Shima turut berkongsi gambar keputusan alat ujian kehamilan yang kemudiannya menerusi ruangan komen, dia dihujani dengan ucapan tahniah dan doa-doa baik daripada pengikut dan rakan artis.

Antara rakan artis yang meluahkan rasa gembira dengan kehamilan Shima itu ialah Nabila Huda dan Ozzlynwati.

Untuk info, Shima mendirikan rumah tangga bersama suami, Mohd Solih Toha pada 8 April 2017.

Hasil perkahwinan,pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Marian Sophia, 3, dan Mikhael Imaan ,2. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya