Kehilangan warga emas hidap dimensia berakhir dengan penemuan mayat

Kehilangan warga emas hidap dimensia berakhir dengan penemuan mayat

MAYAT mangsa ditemukan dalam sebuah kenderaan di Kampung Lakang, Tuaran semalam.-IHSAN PDRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU  Kehilangan lelaki warga emas yang menghidap dimensia berakhir dengan penemuan mayatnya berhampiran kuarters Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di Kampung Lakang, Tuaran dekat sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.42 petang itu, mayat mangsa berusia 61 tahun yang lengkap berpakaian itu ditemukan dalam sebuah kenderaan.

Ketua Polis Daerah Tuaran, Deputi Superitendan Mohd. Hamizi Halim berkata, berdasarkan siasatan, mangsa ditemukan oleh pengadu yang juga pemilik kenderaan tersebut apabila pengadu terhidu bau busuk berhampiran keretanya.

MOHD. HAMIZI HALIM

“Semasa menghampiri keretanya lalu membuka pintu yang tidak terkunci, pengadu menemukan mangsa dalam keadaan terbaring dan tidak sedarkan diri dipercayai sudah meninggal dunia.

“Siasatan lanjut dan pengecaman yang dilakukan oleh isteri mangsa mendapati mangsa keluar dari rumah mereka di Kampung Tambalugu sejak 4 pagi Sabtu.

“Sejak itu mangsa tidak pulang ke rumah dan laporan polis mengenai kehilangan mangsa dibuat pagi semalam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohd. Hamizi, isteri mangsa memaklumkan suaminya adalah penghidap dimensia (hilang ingatan) dan sudah menjadi kebiasaan suaminya masuk ke dalam mana-mana kenderaan biarpun kereta itu bukan milik keluarga mereka.

Pemeriksaan lanjut idak menemukan sebarang kesan pergelutan atau unsur-unsur jenayah berhampiran mayat mangsa.

Jelas beliau, kes dikalsifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) sehingga laporan penuh bedah siasat diperoleh.

Orang awam yang mempunyai maklumat tentang kejadian itu diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi polis di talian 088-791933, 088-791966 dan 088-791977.UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN