Gempa bumi: JKR periksa kerosakan bangunan akibat gegaran

Gempa bumi: JKR periksa kerosakan bangunan akibat gegaran

FADILLAH YUSOF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Sejumlah 79 bangunan diperiksa Jabatan Kerja Raya (JKR) susulan gempa bumi berukuran 6.2 pada skala Richter yang melanda pantai barat Sumatera di Indonesia, Jumaat lalu.

Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof ber­kata, jumlah itu melibatkan ba­ngunan di Putrajaya, Kuala Lumpur, Labuan, Melaka, Pe­rak, Johor, Kelantan, Pahang, Sela­ngor dan Terengganu.

“Setakat ini 48 bangunan di Putrajaya telah diperiksa dengan tujuh bangunan dikenal pasti mengalami kerosakan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Di Melaka, dua buah bangunan diperiksa dan sebuah didapati mengalami kerosakan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Bagaimanapun, menurut be­liau, kerosakan yang dilaporkan pada bangunan berkenaan ha­nyalah retakan halus dan ba­ngunan pula dalam kategori selamat untuk didiami.

“Di kawasan-kawasan lain juga dilakukan pemeriksaan segera oleh pihak JKR dan mendapati tiada kerosakan atau retakan besar dikesan di kesemua bangunan berkenaan.

“Antaranya, Kuala Lumpur 14 bangunan telah diperiksa, Labuan (lapan), Perak (dua) dan masing-masing sebuah bangunan turut diperiksa di Kelantan, Pahang, Selangor dan Terengganu,” tambahnya.

Dalam kejadian gempa bumi kelmarin, gegaran luar biasa itu telah menimbulkan rasa panik terutamanya mereka yang berada di bangunan-bangunan tinggi di negara ini.
Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×