Jalan lama Bentong ke Raub ditutup, jambatan runtuh - JKR

Jalan lama Bentong ke Raub ditutup, jambatan runtuh – JKR

LORI muatan surat khabar dipandu lelaki berusia 30 tahun terperangkap dalam runtuhan jambatan Sungai Teras berdekatan Tokong Guan Yin, Kampung Tras di Raub, Pahang semalam. - IHSAN JKR RAUB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAUB: Jalan Lama Bentong ke Raub di Laluan FT218, Seksyen 24.80 berdekatan Tokong Guan Yin, Kampung Tras di sini ,ditutup kepada semua jenis kenderaan bermula semalam sehingga tarikh yang akan diberitahu kelak.

Jurucakap Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Raub menjelaskan, penutupan itu berikutan kejadian Jambatan Sungai Teras runtuh semalam di Seksyen 24.80 berdekatan kampung tersebut.

“Pengguna jalan raya dinasihatkan tidak melalui jalan ini dan mematuhi arahan papan tanda disediakan JKR. Kita meminta pengguna menggunakan dua jalan alternatif di Laluan Utama Persekutuan FT008 antara Bentong – Raub dan FT34, Central Spine Road (CSR),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jurucakap itu berkata, pengguna boleh membuat pertanyaan tentang kesulitan di laluan tersebut dengan menghubungi JKR Raub menerusi talian 093554040.

Dalam kejadian pukul 3 pagi semalam, seorang pemandu lori membawa muatan surat khabar dilaporkan terperangkap apabila kenderaan dipandunya terjunam dalam jambatan yang runtuh di Tranum berdekatan Tokong Cina Kampung Tras.

Pemandu lori berusia 30 tahun itu mengalami kecederaan dan dihantar ke Hospital Bentong untuk rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Kama Azural Mohamed berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu, lori muatan surat khabar yang melalui jalan tersebut terperangkap selepas jambatan berkenaan runtuh dipercayai berlaku susulan hujan lebat dari pukul 11.30 malam semalam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.