PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mula menyiasat dokumen-dokumen penting berhubung dakwaan salah guna kuasa pegawai Majlis Amanah Rakyat (Mara) hari ini sebelum memanggil saksi-saksi untuk beri keterangan. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, tindakan memanggil saksi-saksi bergantung kepada keterangan-keterangan yang diperoleh daripada siasatan dokumen-dokumen berkenaan. AZAM BAKI “Sebaik sahaja siasatan dijalankan, kita akan mengambil dokumen-dokumen yang berkaitan dan sudah tentu memerlukan saksi-saksi…










