PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) memohon kerjasama orang awam bagi mengesan seorang lelaki tempatan dikenali Ng Yew Joe, 33.
JIM menerusi kenyataan akhbar memaklumkan, lelaki berkenaan dengan nombor kad pengenalan 891109-07-5543 dikehendaki bagi satu kes pendakwaan di Mahkamah Khas PATI Semenyih.
Menurutnya, lelaki beralamat terakhir di No. 26, Tingkat Jelutong, Georgetown, Pulau Pinang itu dicari berhubung satu kes pendakwaan di bawah Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155).
“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan dimohon supaya dapat menghubungi terus Timbalan Penolong Pengarah Kanan (TPPK) Mohd Azamuddin Long, Bahagian Operasi, Siasatan dan Pendakwaan, JIM Putrajaya.
“Beliau boleh dihubungi menerusi talian 03-88801338 atau 03-88801330 pada waktu pejabat dan Bilik Gerakan 03-88801555 selepas waktu pejabat,” katanya. – UTUSAN










