Berlaku baik kepada kedua ibu bapa adalah antara hak yang paling besar Allah SWT wajibkan. Keterangan perkara ini boleh dilihat bagaimana Allah SWT sertakan berbuat baik kepada kedua ibu bapa dengan arahan tauhid kepada-Nya. Ini sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: Dan Tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. (al-Isra’: 23) Institusi keluarga adalah satu entiti yang amat penting…










