Gempa bumi Sumatera dirasai di Lembah Klang, beberapa negeri - Utusan Malaysia

Gempa bumi Sumatera dirasai di Lembah Klang, beberapa negeri

PETUGAS di Wisma Negeri, Melaka turut terasa gegaran. - TWITTER KHALIS JOHAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Gegaran dilaporkan berlaku pada pukul 9.39 pagi tadi di beberapa kawasan di Lembah Klang dipercayai berpunca daripada kejadian gempa bumi di Sumatera, Indonesia.

Antara kawasan di Selangor dan Kuala Lumpur yang didakwa mengalami gegaran seperti Kompleks Mahkamah Shah Alam, Petaling Jaya, Cyberjaya dan Wisma Radio Televisyen Malaysia (RTM) Angkasapuri.

Bagaimanapun, Utusan Malaysia sedang menunggu maklumat lanjut daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Selangor untuk pengesahan dan kawasan-kawasan lain yang terlibat.

Terdahulu, akhbar ini melaporkan gegaran berkekuatan 6.2 skala Richter melanda Pasaman Barat di Sumatera Barat, hari ini.

Lapor Kompas.com, gempa bumi itu berlaku kira-kira pukul 8.39 pagi waktu tempatan, 17 kilometer ke timur laut Pasaman Barat.

Gempa bumi itu direkodkan berlaku pada kedalaman 10 kilometer dan setakat ini, ia tidak menyebabkan ancaman tsunami.

Dalam pada itu, gegaran turut dirasai di beberapa negeri termasuk Melaka, Negeri Sembilan dan Perak. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya