Gangguan bekalan RTK hanya di premis jual harga rendah  - Utusan Malaysia

Gangguan bekalan RTK hanya di premis jual harga rendah 

ROSOL Wahid ketika sidang akhbar selepas Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) di Batu Hampar, Manir. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Gangguan bekalan kit ujian pantas (RTK) antigen di pasaran hanya melibatkan premis yang menjual barangan berkenaan pada harga rendah.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid berkata, pemantauan dijalankan pihaknya mendapati bekalan masih mencukupi di premis-premis lain.

Sehubungan itu katanya, rakyat tidak perlu bimbang kerana terdapat kira-kira 18 juta bekalan RTK antigen di pasaran.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kekurangan barangan itu hanya di tempat yang menjual pada harga murah daripada harga siling misalnya di bawah RM10 dan RM5.

“Jadi isu tidak cukup bekalan itu sebenarnya tidak timbul,” katanya katanya dalam sidang akhbar selepas Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) di Batu Hampar, Manir di sini hari ini.

Sebelum ini media melaporkan isu kekura­ngan bekalan RTK antigen di pasaran ketika ini dijangka pulih dalam masa terdekat selepas pengimport menerima bekalan dari China.

Pengarah Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Azman Adam berkata, pada masa sama, pengeluaran RTK antigen oleh kilang-kilang tempatan juga akan dipertingkatkan bagi memenuhi permintaan pengguna lebih-lebih lagi dalam situasi kes Covid-19 yang sedang me­ningkat ketika ini.

Sementara itu, Rosol menasihatkan pengguna agar membeli RTK antigen yang berlabel Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) bagi memastikan ketulenan barangan tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini