Gaji penjawat awam masih di bawah garis kemiskinan - Utusan Malaysia

Gaji penjawat awam masih di bawah garis kemiskinan

ADNAN Mat (dua dari kanan) menyampaikan cenderamata kepada seorang kakitangan CUEPACS Kelantan yang bersara di Kota Bharu malam tadi. - UTUSAN/ROHANA MOHD. NAWI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menggesa kerajaan meneliti semula tuntutan gaji penjawat awam di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang disifatkan tidak lagi relevan.

Presidennya, Datuk Adnan Mat berkata, ketika Malaysia menuju ke arah negara berpendapatan tinggi melalui Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) menjelang 2025, pendapatan penjawat awam masih di bawah garis kemiskinan.

Menurut beliau, SSM yang diguna pakai sekarang terus jauh ke belakang berbanding apa yang dilancarkan Perdana Menteri pada 27 November lalu untuk memastikan negara berpendapatan tinggi dengan pendapatan isi rumah RM10,000.

“Kita mencadangkan sistem saraan baharu diwujudkan dengan meletakkan sasaran gaji minimum RM1,800 kerana jika dicampur dengan semua imbuhan akan menjadikan angkanya RM2,450 iaitu melepasi garis kemiskinan RM2,208.

“Sekiranya sistem saraan ini tidak diwujudkan, sudah tentu unjuran amat sukar dijalankan kerana kenaikan gaji tahunan paling minimum adalah RM80 dan lagi tiga tahun hanya bertambah RM240, sudah pasti jauh di bawah garis kemiskinan,” kata beliau selepas Majlis Makan Malam Bersama Kepemimpinan CUEPACS Kelantan di sini semalam.

Menurut Adnan lagi, pihaknya masih berharap kerajaan menunaikan sebahagian tuntutan CUEPACS terutama berkaitan kenaikan gaji berkuat kuasa 1 Julai 2018.

“Selain itu, tuntutan lain ialah gaji tambahan kepada guru gred DG56 serta COLA (kadar B bantuan sara hidup) tambahan sebanyak RM50 sebulan bagi kumpulan pelaksana juga diperluas kepada penjawat awam di Sabah dan Sarawak.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya