Gaduh rebut pelanggan, 6 lelaki didakwa - Utusan Malaysia

Gaduh rebut pelanggan, 6 lelaki didakwa

Sebahagian daripada enam lelaki mengaku tidak bersalah Mahkamah Majistret Georgetown, Pulau Pinang hari ini atas pertuduhan terlibat dalam insiden pergaduhan di Astaka Medan Renong, Padang Kota Lama pada 1 Februari lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Seramai enam lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan terlibat dalam pergaduhan di Astaka Medan Renong, Padang Kota Lama pada 1 Februari lalu. 

Tertuduh, Anwar Ibrahim Noorkan, 39; Rais Ahmad Mohamed Hussain, 38; Jamil Kader Gani, 36; Mohamad Ridzuan Rawther, 33; Mohamad Khrom Mohamad Salam, 32; dan Ridzuan Mohamad Salam, 30, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan ke atas mereka di hadapan Hakim Nur Melati Diana Abdul Wahab. 

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa secara bersama melakukan ‘gaduh gempar’ mengganggu ketenteraman  awam di kedai Astaka Medan Renong, Padang Kota Lama, pukul 11.40 malam, 1 Februari lalu. 

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya sekali. 

Mahkamah membenarkan setiap tertuduh diikat jamin  RM2,000 dengan seorang penjamin ahli keluarga manakala 16 Mac ditetapkan sebagai tarikh sebutan semula kes. 

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohammad Nazri Abdul Rahim manakala kesemua tertuduh diwakili peguam Anil Singh Khera.

Dalam kejadian di kawasan tumpuan pelancong di Astaka Medan Renong kecoh apabila beberapa peniaga bergaduh sesama sendiri. 

Kejadian itu turut tular di dalam media sosial apabila pengunjung yang membuat rakaman memuat naik video tersebut ke laman sosial Facebook. 

Polis mengesahkan pergaduhan itu berlaku kerana berebut pelanggan dan terdapat dendam lama antara kedua-dua belah pihak terbabit. – UTUSAN  

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya