Ekonomi gig jadi pilihan, jika gaji minimum tidak naik - Utusan Malaysia

Ekonomi gig jadi pilihan, jika gaji minimum tidak naik

M. SARAVANAN (tengah) mengiringi Ismail Sabri Yaakob beramah mesra bersama lelaki orang kurang upaya (OKU), V. Kanesan (duduk tengah) yang hadir untuk mencari pekerjaan sempena program Inisiatif Jamin Kerja Keluarga Malaysia 2022 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). - UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Golongan yang masih menganggur akan memilih sektor ekonomi gig sekiranya gaji minimum tidak dinaikkan sekali gus menjadi cabaran besar negara hari ini.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan berkata, perkara itu menjadi cabaran pihaknya di samping perlu memujuk majikan di dalam merealisasikan peningkatan gaji minimum lebih RM1,200.

“Maka cabaran hari ini, Kementerian Sumber Manusia adakan Penjana Kerjaya macam hari ini untuk kita perlu mencari, mengenal pasti, memujuk pihak majikan untuk memberikan satu pendapatan lumayan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kalau tidak, mereka yang masih menganggur akan pilih pekerjaan ekonomi gig sebagai pilihan sekiranya mereka tidak dapat apa-apa melebihi RM1,200. Saya fikir mereka pilih ekonomi gig untuk bekerja. Ini satu cabaran besar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Karnival Jamin Kerja Keluarga Malaysia 2022 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.

Majlis disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Oleh demikian, Saravanan berkata pihaknya sedang mengkaji untuk meningkatkan gaji minimum demi manfaat bersama.

“Ia memastikan golongan berkenaan memilih pekerjaan sektor ekonomi gig supaya mengambil peluang pekerjaan sedia ada.

“Melalui latihan disediakan dan program bekerja di rumah, rakyat Malaysia khususnya hilang peluang pekerjaan telah mencapai pendapatan lebih daripada RM1,200,” katanya.

Selain itu, Saravanan berkata, statistik Tenaga Buruh Malaysia pada November 2021 menyaksikan kadar pengangguran negara mencatatkan penurunan kepada 4.3 peratus atau 694,400 orang.

Katanya, angka itu menurun berbanding 705,000 orang yang dicatatkan pada Oktober 2021.

Jelas beliau, kejayaan itu ekoran kejayaan pelbagai langkah yang diambil kerajaan bagi menjana semula ekonomi negara.

“Penularan pandemik Covid-19 dalam dua tahun kebelakangan ini telah menyaksikan penguncupan ekonomi negara iaitu sebanyak 5.6 peratus bagi 2020.

“Walau bagaimanapun, dalam tempoh sembilan bulan pertama 2021, ekonomi negara kembali berkembang sebanyak 3.0 peratus.

“Malah, pelbagai indikator ekonomi utama telah menunjukkan momentum pemulihan yang kukuh apabila negara memasuki tahun 2022,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini