Dua tokan diberkas,  ganja bernilai RM63,129 dirampas

Dua tokan diberkas,  ganja bernilai RM63,129 dirampas

wanita
MOHAMAD FAKHRUDIN ABDUL HAMID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dua tangkapan dilakukan terhadap dua lelaki selepas disyaki terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah di sekitar Petaling Jaya, Ahad lalu.

Tangkapan itu dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu pejabat Polis Daerah Petaling Jaya menerusi dua serbuan di Taman Tun Dr Ismail dan Damansara dekat sini, bermula pukul 6.30 petang.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, serbuan pertama telah dilakukan terhadap seorang lelaki berusia 34 tahun di kawasan letak kenderaan di sebuah pasaraya Damansara.

Kata beliau, suspek yang menaiki Proton Satria berwarna hitam dilihat dalam keadaan mencurigakan sebelum pemeriksaan dilakukan.

“Hasil pemeriksaan terhadap kereta yang dipandu kita menemukan sebuah kotak berwarna coklat yang mana di dalamnya mengandungi ketulan mampat disyaki ganja seberat 16,210 gram bernilai RM53,493.

“Semakan lanjut mendapati, suspek juga mempunya rekod lampau dalam pengedaran dadah di sekitar Petaling Jaya selain terlibat dalam penagihan sejak 12 tahun lalu,” katanya dalam sidang akhbar, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, kata Mohamad Fakhrudin, satu lagi tangkapan dilakukan pada hari sama membabitkan seorang lelaki tempatan berusia 44 tahun di kawasan perumahan di Taman Tun Dr Ismail, kira-kira pukul 7 petang.

Kata beliau, hasil pemeriksaan lanjut di sebuah rumah, polis menemukan sebuah beg berwarna warni diletakkan di dalam sebuah bilik dan mengandungi tiga ketulan mampat dipercayai ganja seberat 2,930 gram bernilai RM9,636.

“Hasil ujian saringan air kencing, suspek didapati positif dadah jenis THC dan terlibat dalam pengedaran dadah sejak dua tahun lalu. Selain itu, suspek juga dipercayai telah terlibat dalam penagihan dadah sejak 21 tahun lalu.

“Kedua-dua suspek kini ditahan reman bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya,” jelasnya

Dalam pada itu, kata beliau, bagi kedua-dua kes, rampasan ganja itu boleh dibekalkan kepada 19,120 penagih. 

“Usaha memerangi dadah ini bukannya sekadar tanggungjawab pihak berkuasa semata-mata namun masyarakat perlu mempunyai kesedaran untuk bersama membanterasnya.

“Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kegiatan pengedaran dadah diminta tampil menyalurkan maklumat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN