Dua beradik Myanmar mati, polis tunggu laporan bedah siasat    - Utusan Malaysia

Dua beradik Myanmar mati, polis tunggu laporan bedah siasat   

SHARIMAN ASHARI masih tunggu laporan bedah siasat kes dua beradik Myanmar mati.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Polis masih menunggu analisis bedah siasat untuk mengetahui punca kematian dua beradik Myanmar selepas didakwa makan makanan tercemar dikutip dalam tong sampah di Kampung Baru Sungai Tepa, Bukit Malut di sini Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, bedah siasat ke atas kedua kanak-kanak itu, Ngei Jamaludin, 2, dan abangnya, Nizambudin, 4,  dijalankan di Unit Forensik Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar hari ini.

“Punca kematian  belum dapat dipastikan kerana perlu menunggu analisis lanjut.Polis akan merujuk hasil analisis  kepada Jabatan Kimia di Pulau Pinang,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, siasatan terhadap bapa kanak-kanak tersebut yang dikenali Jamaludin, 36, juga masih berjalan.

Katanya, Jamaludin ditahan pada pukul 12.05 pagi pada Isnin lalu dan direman  14 hari bermula hari tersebut bagi membantu siasatan.

“Pihak polis menggunakan jurubahasa dalam siasatan itu kerana bapa kanak-kanak itu tidak fasih berbahasa Melayu,” kata beliau.

Terdahulu, akhbar akhbar melaporkan dua beradik Myanmar yang ditemui dalam keadaan terhuyung-hayang dengan mulut berbuih mati di Kampung Baru Sungai Tepa di Bukit Malut.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN