‘DAP kerja bukan bermusim’ - Utusan Malaysia

‘DAP kerja bukan bermusim’

MARINA Ibrahim ketika diperkenalkan sebagai calon DUN Skudai oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

5 SOALAN

MUKADIMAH
DAP mempertaruhkan MARINA IBRAHIM di Skudai. Marina ketika ditemui wartawan Utusan Malaysia, JUANI MUNIR ABU BAKAR semalam menepis dakwaan konon isu ras dan paras rupa menjadi daya penarik utama sokongan pengundi. Setiausaha Publisiti Wanita DAP ini lebih cenderung kepada faktor khidmat bakti yang perlu ada kepada seseorang calon.

UTUSAN: Perawakan Marina ada kelebihan untuk menarik sokongan pengundi.
MARINA: Kalau siapa yang kenal Marina, saya bukan jenis dikenali kerana paras rupa dan kerja bermusim, tetapi sepanjang masa. Lagipun saya banyak terlibat dan menganjurkan program DAP di Skudai. Sesiapa pun boleh menilai kerja-kerja saya.

DAP letakkan dua calon Melayu kali ini semata-mata untuk menarik sokongan orang Melayu?
DAP bukan parti hanya untuk kaum tertentu tetapi untuk semua bangsa dan agama. Tuduhan ini tidak benar. Ini bukan perkara pelik.

Berbanding bekas ADUN Skudai, Tan Hong Pin yang lebih dikenali, tidakkah pencalonan Marina boleh jejaskan kemenangan DAP?
Skudai kubu kuat DAP. Saya akan teruskan kerja-kerja Tan Hong Pin, bahkan akan buat pembaharuan.

Keyakinan Marina cukup tinggi dalam saingan tiga penjuru BN, PN serta PH ini?
DAP dan PH bukannya muncul setiap kali pilihan raya kerana kami berbakti sepanjang masa tanpa henti. Ini wajah sebenar DAP.

Marina yakin menang?
Menang soal kedua sebab mengundi hak rakyat. Namun yang penting kebijaksanaan rakyat mengenali politik bakti DAP. Bagi peluang kami untuk kekalkan kerusi Skudai. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya