DAP intai kerusi milik Bersatu di Selangor - Utusan Malaysia

DAP intai kerusi milik Bersatu di Selangor

NG Sze Han (kanan) ditemui pemberita dalam sidang akhbar di Majlis Perbandaran Klang di Klang, Selangor. - UTUSAN/MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: DAP kini mengintai peluang di tiga kerusi di Selangor iaitu dua di Dewan Undangan Negeri (DUN) dan satu di Parlimen yang dipegang Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang.

Setiausaha DAP Selangor, Ng Sze Han berkata, bagaimanapun rundingan terhadap permintaan partinya daripada rakan mereka dalam Pakatan Harapan (PH) dikatakan masih berjalan dan pihaknya sentiasa berkomunikasi dengan kepimpinan tertinggi parti mengenai perkara itu.

“Kami menuntut kerusi yang ditandingi Bersatu pada pilihan raya umum yang lalu dan kalau ada perkembangan nanti, saya akan maklum semula.

“Apapun, kami telah mendapat kebenaran daripada rakan komponen untuk melantik penyelaras di Tanjong Karang, Selat Klang dan Semenyih ketika ini,” katanya selepas menghadiri Majlis Penghargaan Klang sejahtera di Majlis Perbandaran Klang (MPK) di sini hari ini.

Terdahulu, Pada Konvensyen Biasa Negeri DAP Selangor 2021 November lalu, DAP memohon tiga kerusi tambahan untuk bertanding dalam PRU-15, namun tidak mendedahkan kepada umum kerusi mana yang dimaksudkan.

Pengerusi DAP Selangor, Gobind Singh Deo berkata, pihaknya membuat permohonan tersebut kerana yakin dapat menang ketika pilihan raya umum itu, berdasarkan rekod cemerlang yang dimiliki mereka di Selangor.

Bersatu memiliki empat kerusi DUN iaitu di Gombak Setia, Bukit Antarabangsa, Selat Klang dan Dengkil serta empat Parlimen di Selangor iaitu di Gombak, Ampang, Sungai Besar dan Sabak Bernam.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang juga bekas Menteri Besar Selangor merupakan penyandang kerusi Bukit Antarabangsa dan Gombak manakala Menteri Perladangan, Perusahaan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamarudin pula merupakan Ahli Parlimen Ampang.

DAP Selangor berjaya memenangi empat kerusi Parlimen dan 16 kerusi DUN di Selangor dalam PRU-14 pada Mei 2018. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN