Dadah anak VIP: PDRM hantar siasatan ke Pejabat Peguam Negara - Utusan Malaysia

Dadah anak VIP: PDRM hantar siasatan ke Pejabat Peguam Negara

Ayob Khan Mydin Pitchay memberitahu kertas siasatan kes dadah anak VIP dikaitkan dengan Tommy Thomas dihantar ke Pejabat Peguam Negara.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah lengkap dan menghantar hasil siasatan berhubung kes dadah melibatkan anak seorang  kenamaan (VIP) yang mencetuskan kontroversi membabitkan Tan Sri Tommy Thomas kepada Pejabat Peguam Negara.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, selepas ini kes tersebut akan diputuskan Pejabat Peguam Negara sama ada individu itu akan dituduh atau tidak.

“Tuduh atau tidak, itu kena tanya Pejabat Peguam Negara, kita dah buka siasatan pada Disember 2019 dan sudah menyerahkan hasil siasatan.

“Kita tidak terima sebarang laporan polis berhubung perkara ini,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini.

Terdahulu, bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas membidas dakwaan beliau menerima rasuah dalam mengendalikan kes anak ahli perniagaan itu yang ditangkap atas kesalahan dadah ketika masih memegang jawatan berkenaan.

Tommy berkata, seperti kelaziman dalam kesjenayah, peguam kepada tertuduh menghantar representasi bertulis kepada Jabatan Peguam Negara bagi mempertimbang keputusan untuk membuat pertuduhan dan ia dibawa kepada perhatian beliau.

Katanya, selepas mengkaji representasi dan kertas siasatan, menyemak peruntukan undang-undang berkaitan dan berbincang dengan semua timbalan pendakwa raya, beliau memutuskan untuk mengurangkan pertuduhan.

Sebelum ini, Twitter  Edisi Khas memuat naik ciapan yang mendakwa Tommy ketika bertugas sebagai Peguam Negara menutup kes anak ahli perniagaan itu  yang didakwa memiliki dadah   pada 2019.

Anak ahli perniagaan itu  didakwa memiliki barang terlarang itu  dalam kuantiti yang banyak dan boleh didakwa  bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN