pesakit Covid-19

Covid-19: 505 kluster aktif, 172 kes kategori tiga, empat, lima

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pesakit Covid-19 yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam, merekodkan peningkatan, 286 kes berbanding kelmarin, 272 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan pula merekodkan peningkatan iaitu 180 kes berbanding kelmarin, 164 kes.

Katanya, Malaysia mencatatkan sebanyak 27,179 kes positif menunjukkan peningkatan berbanding kelmarin, 25,099 kes sekali gus mengatasi 19,037 kes sembuh. 

“Bagi kluster Covid-19 baharu pula merekodkan peningkatan kepada sembilan kluster berbanding kelmarin, empat kluster sekali gus menjadikan jumlah kluster terkumpul sejak pandemik melanda negara iaitu 6,732 kluster. 

“Kluster aktif Covid-19 dengan jumlah terkini meningkat sebanyak 505 kluster berbanding jumlah kelmarin, 500 kluster manakala jumlah kluster yang telah tamat sebanyak 6,227 kluster berbanding kelmarin, 6,223 kluster,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Noor Hisham berkata, sebanyak 172 kes bersamaan 0.63 peratus daripada 27,179 kes positif Covid-19 hari ini, adalah kategori tiga, empat dan lima.

Katanya, baki kes harian, 27,007 kes bersamaan 99.37 peratus adalah terdiri daripada kategori satu dan dua. 

“Bagi 172 kes kategori tiga, empat dan lima, 51 kes atau 29.65 peratus tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi; 91 kes atau 52.91 peratus telah menerima dua dos vaksin Covid-19; 30 kes atau 17.44 peratus telah menerima dos penggalak dan 67 kes atau 38.95 peratus berumur 60 tahun dan ke atas. 

“Selain itu, 93 kes atau 54.07 peratus mempunyai komorbid dan enam kes atau 3.49 peratus ibu mengandung,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan kematian, jumlah kematian yang dilaporkan meningkat sebanyak 43 kes bersamaan semalam, 43 kes.

Rekod terbabit adalah setakat pukul 10 pagi, hari ini berdasarkan maklumat dikemas kini melalui laman web, https://covidnow.moh.gov.my menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 32,433 kes.

Bagi kes brought-in-dead (BID), sebanyak 20 daripada 43 kes direkodkan yang menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 6,606 kes. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN