Calon PKR bukan sekadar penuhi kuota - Anwar

Calon PKR bukan sekadar penuhi kuota – Anwar

ANWAR Ibrahim (duduk, tengah) berbual dengan orang ramai ketika melakukan lawatan di sebuah medan selera di Jalan Bakek, Pontian, Johor. -UTUSAN/MUHAMMAD ZIKRI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Calon-Calon PKR yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bulan depan bukan sekadar memenuhi kuota tetapi dipilih berdasarkan faktor boleh menang.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, mereka yang dipilih juga bukan kerana orang muda atau baharu tetapi berpengalaman dan mewakili hasrat rakyat untuk membawa perubahan.

Beliau,  yakin dengan calon-calon yang dipilih termasuk  bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kukup, Mohd. Zaiful Bakri yang juga Ketua Cabang PKR Tanjung Piai.

“Mereka dipilih bukan berdasarkan kuota tetapi saya yakin mereka ini mampu membawa hasrat  rakyat yang semakin tertekan dengan isu kos sara hidup yang semakin tinggi ketika ini,” katanya ketika ditemui di Medan Selera Jalan Bakek, di sini.

Selain Zaiful, Pakatan Harapan (PH) Tanjung Piai turut meletakkan Yeo Tung Siong sebagai calon bagi DUN Pekan Nanas yang mempertahan jawatannya bagi penggal ketiga.

Tambah Anwar, dengan pengalaman dan kebolehan yang ada pada kedua-dua calon itu, PH menaruh keyakinan pengundi memilih mereka.

“Mereka tahu erti kemiskian, hidup dalam suasana gelombang kesusahan rakyat ketika ini perlu dileraikan dengan pembentukan Kerajaan Negeri Johor yang baharu selepas ini,” ujarnya.

Dalam pada itu, Anwar berkata, kemenangan pada PRN bukan ditentukan Barisan Nasional (BN) dan UMNO tetapi oleh rakyat yang mengundi pada 12 Mac ini.

Katanya, kemenangan di PRN Melaka bukan jaminan rakyat akan menyokong BN, sebaliknya semua parti-parti yang bertanding mempunyai kekuatan masing-masing.

Menurut beliau, rakyat tidak sewajarnya menolak politik kerana ini akan memberikan peluang kepada BN berkuasa kembali di Johor jika mereka tidak mahu membuang undi nanti.

“Jika inginkan negeri Johor bangkit sebagai sebuah kuasa ekonomi yang baharu dan dapat membantu rakyat, pengundi berhak untuk menentukan parti yang dapat membela mereka nanti,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN