Berhenti baca konspirasi sampah, dapatkan dos penggalak - Khairy - Utusan Malaysia

Berhenti baca konspirasi sampah, dapatkan dos penggalak – Khairy

KHAIRY JAMALUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin meminta semua pihak supaya tidak mengendahkan sebarang teori konspirasi mengenai dos penggalak dalam media sosial.

Hal Ini selepas beliau memuat naik graf yang menunjukkan bahawa kadar kematian lebih tinggi berlaku dalam kalangan yang belum mengambil vaksin, berbanding yang telah lengkap vaksinasi dan dos penggalak.

Katanya, graf itu menunjukkan keberkesanan dos penggalak dalam menghadapi gelombang Omicron.

“Dos penggalak memberi perlindungan yang terbaik daripada kematian dan gejala serius Covid-19.

“Berhenti membaca cerita konspirasi sampah di Facebook. Lindungi diri. Dapatkan dos penggalak,” katanya dalam akaun Twitter miliknya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN