Bayi mati tersangkut buai: 18 individu beri keterangan

Bayi mati tersangkut buai: 18 individu beri keterangan

bayi
NANDA MAAROF memaklumkan polis mengambil keterangan berkaitan bayi meninggal dunia di rumah pengasuh.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seramai 18 individu termasuk pengasuh dan ibu bapa bayi  yang meninggal dunia selepas kepalanya ditemui tersangkut pada kain buaian di pusat jagaan kanak-kanak di Bandar Sri Sendayan di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, pusat jagaan kanak-kanak  yang beroperasi sejak penghujung tahun 2019  tidak berdaftar dan telah ditutup selepas kejadian tersebut.

“Setakat ini, 18  saksi termasuk ibu bapa dan pengasuh di pusat jagaan kanak-kanak itu telah diambil keterangan bagi membantu siasatan.

“Siasatan diteruskan dan kertas siasatan akan dimajukan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan lanjut mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Nanda berkata, hasil bedah siasat ke atas Nour Rania Asyifaa Yuseri berusia tiga bulan  oleh Dr. Hanif Mahmud dari Unit Forensik Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) semalam mengesahkan punca kematian bayi itu disebabkan tekanan di leher.

Semalam Utusan Online melaporkan, Nour Rania Asyifaa meninggal dunia selepas ditemui tidak sedarkan diri dengan kepala dan lehernya tersangkut pada buaian di pusat jagaan kanak-kanak.

Bapanya, Yuseri Yusoff,39, memaklumkan, sebelum ini anaknya tidak pernah tidur dalam buaian, namun ketika kejadian pengasuh meletakkannya dalam buaian kerana anaknya didakwa sukar untuk tidur.

Nour Rania Asyifaa merupakan anak bongsu daripada tiga beradik pasangan Yuseri dan isterinya, Anida Idris, 41.

Lebih menyedihkan sebelum ini mereka juga pernah diuji kehilangan anak kedua ketika masih bayi akibat komplikasi pada 2020.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN