Banjir buruk di Hulu Terengganu bukan sebab empangan

Banjir buruk di Hulu Terengganu bukan sebab empangan

ROHAIMI MD. ISA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Situasi banjir buruk yang melanda daerah ini hingga 25 kampung terputus hubungan bukan berpunca akibat pelepasan air dari empangan Kenyir.

Sebaliknya, Ketua Polis negeri, Datuk Rohaimi Md. Isa berkata, bencana yang berlaku itu adalah disebabkan oleh taburan hujan lebat dan limpahan air sungai.

“Paras air di empangan ketika ini ialah 1.41 meter dan masih di bawah tahap limpahan.

“Maklumat tular kononnya banjir berlaku akibat pelepasan air daripada empangan sama sekali tidak benar dan saya menafikan kejadian itu,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu di sini hari ini.

Setakat pukul 4 petang ini, seramai 1,001 penduduk terjejas banjir di Hulu Terengganu sudah dipindahkan di 116 pusat pemindahan sementara (PPS).

Rohaimi berkata, 14 jalan utama di daerah itu ditenggelami banjir dan hanya boleh dilalui dengan bot termasuk ke laluan empangan Kenyir.

Katanya, jumlah pasukan petugas kekal 233 orang setiap syif dan belum ada keperluan untuk menambah kekuatan buat masa ini.

Dalam pada itu, menurutnya, situasi semasa banjir di Besut dan Kemaman turut menunjukkan trend menaik manakala di Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Marang pula tidak berubah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya