Anwar alukan Rafizi kembali aktif 

Anwar alukan Rafizi kembali aktif 

ANWAR Ibrahim (tengah) beramah mesra dengan ahli PKR yang hadir pada majlis Kenduri Rakyat Sempena Memperingati Demonstrasi Baling 1974 di Kampung Lalang, Baling, Kedah, hari ini. - UTUSAN/SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALING: Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengalu-alukan sekiranya bekas Naib Presiden parti itu, Rafizi Ramli kembali aktif dalam arena politik tanah air.

Beliau berkata, Rafizi mempunyai hak yang sama seperti ahli-ahli parti yang lain.

“Dia (Rafizi) ahli parti dan ada hak sepertimana semua ahli,  kita mengalu-alukan penyertaan dan ia harus merangkumi semua (sesiapa sahaja),” katanya selepas majlis Kenduri Rakyat Sempena Memperingati Demonstrasi Baling 1974 di Kampung Lalang, di sini hari ini.

Yang hadir sama Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kedah, Datuk Johari Abdul dan Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Kedah, Datuk Phahrolrazi Mohd. Zawawi.

Bagaimanapun, Anwar memberitahu, beliau tidak mempunyai maklumat mengenai ura-ura Rafizi bertanding jawatan Tmbalan Presiden parti itu.

“Saya tak ada maklumat apa lagi (Rafizi bertanding Timbalan Presiden parti), terlalu awal (untuk diperkata),” katanya.

Dilaporkan pemilihan PKR yang dijadual April ini menyaksikan pertandingan sekurang-kurangnya tiga penjuru bagi jawatan Timbalan Presiden.

Tiga nama besar yang bakal dicalonkan ialah Rafizi, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail dan bekas setiausaha politik Anwar, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN