Zulhusni sedia turun bertemu Selangor Pistons malam ini  - Utusan Malaysia

Zulhusni sedia turun bertemu Selangor Pistons malam ini 

MUHAMAD ZULHUSNI Basri (kanan) bersama rakan pasukannya ketika melakukan latihan kecergasan di Persiaran Gurney, George Town di sini baru-baru ini. IQBAL HAMDAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Pemain ‘kenit’ Pasukan Penang Black Panthers, Muhamad Zulhusni Basri sudah bersiap sedia untuk menggamatkan gelanggang bertemu Selangor Pistons dalam aksi Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) 2021/2022 di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur malam ini. 

Perkara tersebut dimaklumkan Ketua Jurulatihnya, Mohamad Fazil Mohd. Asri kepada Utusan Malaysia di sini hari ini sebelum tinggal beberapa jam lagi perlawanan itu berlangsung pukul 8 malam. 

Menurut Mohamad Fazil, keputusan menurunkan tiga pemain pada perlawanan keempat pasukan kendaliannya itu bagaimanapun akan diputuskan nanti termasuk menurunkan semula Muhamad Zulhusni selaku kapten pasukan. 

“Semalam, Zaim (Muhammad Zaim Mohd. Razali); Danial (Muhammad Danial Bahrin); dan Faisal (Muhammad Faisal Mohd. Fuad) sudah menggunakan tenaga 200 peratus ketika perlawanan bertemu KL Thunder yang berlangsung selama dua jam. 

“Kemungkinan malam ini Muhamad Zulhusni akan diturunkan semula. Dia sudahpun bersedia dan dilihat begitu komited ketika latihan. Dia juga beritahu sudah sembuh sepenuhnya,” ujarnya. 

Pada 8 Januari lalu, Muhamad Zulhusni terpaksa dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur selepas mengadu sakit pinggang, kepala dan sukar bernafas selepas terjatuh di luar kotak gelanggang semasa aksi menentang Negeri Sembilan Antlers. 

Bagaimanapun, dia dilaporkan tidak mengalami kecederaan serius dan telah direhatkan untuk dua perlawanan. 

Semalam, Penang Black Panthers meraih kemenangan berterusan apabila berjaya membaham pasukan KL Thunder 22-20, 18-21 dan 21-16. – UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya