Wanita sesat 24 jam di Taman Botani ditemui selamat  - Utusan Malaysia

Wanita sesat 24 jam di Taman Botani ditemui selamat 

SEORANG wanita ditemukan selamat selepas hampir 24 jam tersesat ketika melakukan aktiviti pendakian di Taman Botani, Georgetown, Pulau Pinang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Seorang wanita ditemui selamat selepas hampir 24 jam tersesat ketika melakukan aktiviti pendakian di Taman Botani di sini. 

Mangsa yang dikenali sebagai Dewi ditemukan pukul 2.57 petang di kawasan bukit Botani Hill oleh pasukan bomba dalam keletihan selepas seharian tersesat di dalam hutan. 

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang (JBPM) berkata, operasi itu disertai 44 orang terdiri daripada 12 anggota JBPM, anggota bomba sukarela (2), polis (11) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (19). 

Menurut jurucakap berkenaan, mangsa dijumpai di atas bukit sebelum dibawa turun kira-kira pukul 2.57 petang. 

Mangsa kemuidan dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk tindakan selanjutnya dan operasi menyelamat tamat pukul 4.45 petang. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN