Siasat mutawif tanpa vaksin bawa jemaah umrah - Utusan Malaysia

Siasat mutawif tanpa vaksin bawa jemaah umrah

IDRIS AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: “Tak patut berlaku terutama nak ke tempat suci.”

Itu reaksi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad yang menyelar tindakan seorang mutawif yang didakwa membawa jemaah tidak divaksin menunaikan umrah.

Beliau melahirkan rasa kesal dengan tindakan yang didakwa dilakukan individu tersebut sedangkan syarat untuk menunaikan ibadah umrah adalah mesti mengambil vaksin.

“Keduanya, macam mana benda itu mereka boleh lepas ke sana dan saya harap mereka yang bertanggungjawab kena siasat bagaimana boleh bolos ke sana. Mungkin kita boleh panggil dia dan tanya kenapa jadi macam itu.

“Walaupun bidang kuasa tindakan bukan di bawah kita dan dari segi undang-undang pihak lain bertanggungjawab, jadi nak minta berjumpa pasal apa buat begitu,” katanya ketika ditemui pada majlis serahan sumbangan mangsa banjir dalam kalangan pegawai dan kakitangan Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama di sini semalam.

Dalam memastikan kejadian seperti itu tidak berulang, Idris berkata, aspek pendedahan dan kesedaran kepada orang awam perlu dilaksanakan secara berterusan.

“Kalau pergi menunaikan ibadah umrah dan haji ini, dia akan pastikan wang itu daripada sumber yang halal dan apabila tiba-tiba buat macam ini, ia tidak berapa nak kena sangat.

“Justeru, boleh didik selalu dan berharap ia tidak berlaku. Kita pun tak sangka ingatkan tak ada orang bertindak sedemikian rupa. Kita nak masuk ke bangunan atau naik kapal terbang, tidak dibenarkan masuk jika tidak divaksin,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau turut menasihatkan mana-mana pendakwah bebas tidak me­nyampaikan sesuatu ilmu yang bukan menjadi kepakaran mereka sekali gus menyerahkannya kepada yang ahli.

“Saya sendiri tidak bercakap bab kesihatan dan saya percaya pakar perubatan kerana dalam agama kita diajar untuk bertanya kepada orang yang tahu jika kamu tidak tahu,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya