Pulau Burung, 45 peratus kebakaran belum dipadam  - Utusan Malaysia

Pulau Burung, 45 peratus kebakaran belum dipadam 

SAADON Mokhtar (tengah) ketika menghadiri Kempen Keselamatan Keluarga Malaysia dan Menghapuskan Bahaya Kebakaran (MBK) sempena Tahun Baharu Cina di Bukit Mertajam, Pulau Pinang  hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM: Kira-kira 45 peratus daripada keseluruhan kawasan yang terbakar di tapak pelupusan sampah Pulau Burung, belum dipadamkan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Saadon Mokhtar berkata, pihaknya mendapat kerjasama daripada semua pihak sekali gus melancarkan operasi pemadaman berkenaan. 

“Selain air, kita turut menggunakan tanah yang disumbangkan oleh MBSP (Majlis Bandaraya Seberang Perai) iaitu kira-kira 50 hingga 60 lori sehari untuk membantu memadam api. 

“Setakat ini, kita tidak boleh beri jangkaan bila kebakaran ini boleh dipadamkan, namun kita akan cuba melakukan yang terbaik (termasuk sebelum sambutan Tahun Baharu Cina 1 Februari ini),” kata beliau selepas menghadiri Kempen Keselamatan Keluarga Malaysia dan Menghapuskan Bahaya Kebakaran (MBK) sempena Tahun Baharu Cina, di sini hari ini. 

Bencana kebakaran di kawasan seluas kira-kira 11.3 hektar itu berlarutan sejak dua minggu lalu hingga memaksa kira-kira 90 buah keluarga dari dua kawasan berhampiran dipindahkan selain menyebabkan 10 buah sekolah ditutup. 

Dalam perkembangan lain Saadon memberitahu, statistik kebakaran, penyelamatan dan khidmat khas 24 jam di Pulau Pinang pada tahun lepas menunjukkan penurunan berbanding tahun sebelumnya dari segi jumlah kes, kematian atau kecederaan. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN